GEORGETOWN: Seorang bayi perempuan berusia empat bulan meninggal dunia selepas dipercayai dicampak bapanya di atas tilam kerana dikatakan berang apabila mangsa tidak berhenti menangis. Dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Masjid Sungai Ara di sini, awal pagi kelmarin, bayi itu dikatakan tidak sedarkan diri dan dibawa ibu bapanya untuk mendapatkan rawatan bomoh sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP), kira-kira jam 4 petang. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zain, berkata bayi itu meninggal dunia di HPP kerana kecederaan dalaman serta banyak kesan lebam.
Beliau berkata bapa bayi itu kini direman enam hari mulai semalam. Di KUALA LUMPUR, seorang bayi lelaki berusia 11 bulan dimasukkan ke Hospital Serdang sejak Jumaat lalu akibat cedera di kepala serta muka dipercayai didera pengasuhnya. Menurut sumber, ibu bayi itu membawa anaknya ke hospital sebaik menemui kesan cedera pada kepala dan muka mangsa selepas diambil dari rumah pengasuh yang berusia 19 tahun itu di Puchong Indah.
Pada 2 Mac lalu, ibu bayi itu mendapati anaknya mengalami kecederaan kecil pada kaki, tetapi tidak menyangka didera. Polis sedang mengesan pengasuh bayi itu yang dipercayai menghilangkan diri.
Tuesday, March 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment